Friday 23 March 2012

Ayat-Ayat Terbaik

Hadiah Terbaik 
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik 
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair.

Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.

Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna.Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatukekuatan

Kaya di mata orang belum tentu kaya di mata sendiri

Kaya itu bukan sahaja kerana wang, boleh jadi kaya hutang, kaya anak, kaya musuh atau kayaperasaan

Selalu kita meletakkan impian yang muluk-muluk pada kepunyaan orangsedangkan orang turut terliur dengan apa yang kita miliki

Lihatlah alam cari kehebatan, lihatlah diri cari motivasi.

Bukan cantik saja isunya, tapi kesihatan yang utama. Bukan lawa dan hansem sajamatlamatnya, tapi kesihatan yang utama.

Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.

Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti.

Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri.

Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu.

Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan.

Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu.

Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya

Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah

Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang luas

No comments:

Post a Comment