Green Skin

AYAT-AYAT RANGSANGAN

KEKADANG kita terasa amat longlai sekali. Dalam pada meneruskan kehidupan ini, terasa amat payah benar. Seolah hendak melangkah pun tidak bermaya. Apa lagi untuk mencapai kejayaan yang besar, memang jauh sekali. Kita ni kalau tidak disuntik dengan kata-kata perangsang sesekali, memang bertambah-tambah la malasnya.Jadi bacalah koleksi ayat-ayat hikmah ‘motivasi’ di bawah. Semoga semangat anda pulih seperti sediakala. Semoga semangat juang anda kembali segar. Semoga anda mendapat hikmah dan kebaikan daripadanya.  Agar jiwa anda kembali kental. Agar jiwa anda kembali bersemarak. Seolah seseorang yang baru sahaja menghabiskan segelas air sejuk selepas dahaga yang amat sangat.



Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.

Jangan mudah membuka rahsia kepada seorang sahabat
agar anda tidak takut kepadanya, apabila dia berubah menjadi musuh.

Yang sangat berguna adalah seorang lelaki
yang mengetahui darjat dirinya sendiri, tahu batas akalnya,
kemudian dia bekerja menurut darjat dan batasnya.

Ada dua orang yang paling gagal dalam hidup,
orang yang tidak cekap membuat apa yang disuruh,
dan orang yang membuat hanya apabila disuruh.

Disiplin merupakan asas keimanan dan kemakmuran
hidup manusia.

Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.

Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya.

Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.

Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.

Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju.

Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.


Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.


Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah


Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.


Abang Geram
Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.

No comments:

Post a Comment